Saturday, April 3, 2010

BOLEH DAN TAK BOLEH..

Alhamdulillah,baru sampai dari daerah S hadir majlis sumbang saran untuk satu projek. Tengah tunggu bas, ada sorang mak cik datang. Tunggu bas jugak nampaknya..Terjadilah dialog antara kami (dengan sedikit suntingan ayat):

Mak cik: Anak ke Pekan ABC ke?
Saya: Ya. Mak cik?
mak cik: Ya, sana jugak.. anak kerja sana?
saya: Tidak, saya tinggal sana. Mak cik kerja ka di ABC?
Mak cik: Ya..
Saya: Di mana?
Mak cik: Restoran..
Saya: Ohh..(malas mau tanya di mana, panas terik buat xbrapa rajin mau tny sgt)
Mak cik: Kerja ka nak, di ABC?
Saya: (mak cik ni tanya lagi..tp xpa, sy jawab ja) tidak, rumah saya di sana
(Sambil mak cik tu menengok saya, atas baawah, atas bawah..mgkin x biasa tgok, pakai t-shirt labuh, tudung labuh..tapi mungkin jugak kesian tgk sy bw beg yg agak besar..harap2 nye ok je..sekali tgk macam nak mencopet..tp dua kali tgok, x kott..)
mak cik: Dari mana? Buat apa sini?
saya: Dari EFG..jumpa kawan.
Mak cik: Lelaki?
Saya: (Terkejut jugak..ada juga soalan tu difikirnya utk diajukan kepadaku..) x la mak cik, perempuan..x boleh jumpa lelaki sorang-sorang..
Mak cik: Kenapa jugak? Klu oang suka kita tidak apa ba tu..
Saya: Eh, tak boleh mak cik, x baik tu.. (terlupa pulak nak jelaskan kt mak cik tu, kenapa x blh..sbb lpas tu dia tnampak sorang mak cik lagi bawa udang yang banyak dalam satu besen dan satu baldi..dan x lama lepas tu, bas sampai...


macam tu rupanya..Kenapa mak cik tu masih boleh tanya soalan pasal jumpa kawan lelaki tu kat aku? Hmm..ada beberapa hipotesis:
1-Budaya dating/bergaul ant lelaki dan perempuan bukan mahram ni dah biasa berlaku di kalangan wanita yang bertudung
2-mak cik tu memang biasa dengan budaya macam tu, sbb tu, x kira siapa, dia tanya ja..
3-macam-macam lagi yang aku x terfikir..

x pa lah. harap2 nya, pandangan mak cik tadi berubah (xpa ba, klu orang suka kita x apa tu)..
Memang boleh jugak la bagi pasangan yang nak berjumpa, mungkin untuk membincangkan banyak perkara..TAPI, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi..

WaLlahu a'lam..setakat ni dulu..insyaAllah lain kali cerita lagi

Friday, March 19, 2010

NIKMAT UJIAN


"Kalau x lulus ujian, kena la mengulang.."

Teringat kepada keadaan satu masa dulu, di mana aku kena mengulang satu kursus sebab xdapat laksanakan dengan baik..Ujian..memang perit dihadapi..tapi jarang orang mensyukuri ujian yang dihadapi itu, lantaran ada yang lebih berat ujiannya..

Buktinya, kemalangan yang baru sahaja menimpa baru-baru ini. Nampaknya, memang rosak dibuatnya. Tapi alhamdulillah, aku masih dapat meneruskan kehidupan dan perancangan sebelum tu sebab ada rakan-rakan yang membantu. Ada ahli keluarga yang membantu..dan yang paling aku syukuri, ada al-Quran untuk menenangkan hatiku yang benar-benar gundah-gulana ketika itu..

Aku yakin, ujian ini untuk menguatkan lagi kedudukanku, di samping sebagai teguran untukku, atas kesilapan lalu..

Dalam pada itu, satu lagi ujian yang menimpa..bila sampai sekarang belum ada pekerjaan yang tetap..sungguh..terbit juga perasaan iri pada sahabat-sahabat yang sudah bekerja..Bukan tidak pernah mencuba nasib..tapi bukan rezeki..bukan sekarang..ya. Begitu pun, aku bersyukur sebab sebelum ni, ada juga 1 2 pengalaman bekerja sebagai seorang guru..

Ya Allah, kuatkan lah hatiku..tetapkan imanku. Agar aku tidak lupa untuk terus memuji-Mu..

Thursday, January 21, 2010

Siapa ALLAH?

Saat ini, banyak yang memperkatakan tentang kelayakan agama selain Islam menggunakan kalimah Allah. Tidak menjadi kehairanan jika umat Islam marah apabila Allah yang selayaknya difahami dikaitkan dengan kepercayaan lain yang bertentang dengan Islam. namun, apa yang lebih menghairankan ialah ramai yang bertindak seolah-olah tidak mengenal siapa Allah itu sebenarnya.

Antara perkara yang wajib diyakini tentang ALlah itu:
setiap muslim wajib mengesakan Dia, tanpa menyekutukan ALlah dengan apa-apa pun. Ini yang dipanggil TAUHID. Muslim juga wajib mengesakan ALlah pada tiga perkara, iaitu:

1-Allah Maha Esa bahawa Dialah kuasa yang menciptakan alam ini, dan berkuasa di alam ini. Ini dipanggil TAUHID RUBUBIYYAH
2-TAUHID ULUHIYYAH-iaitu mengesakan ALlah bahawa hanya pada-Nya kita menyembah. Tiada yang lain yang layak disembah dan ditakuti selain Dia.
3-TAUHID ASMA' WAS SIFAT-iaitu Allah Maha Esa bahawa Dia mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang indah yang tidak sama sekali akan menyamai makhluk

Itulah ALlah yang sepatutnya difahami oleh sekalian umat Islam. Namun, apa yang berlaku kini, manusia tidak segan silu melakukan apa saja tanpa mengingati ALlah Maha Melihat (Basir) apa yang dilakukan. Ada yang kononnya 'malu' berkhalwat depan orang ramai, maka pergilah berkhalwat di hotel-hotel atau rimba belukar yang 'mungkin tak ada orang nak nampak'. Namun, mereka lupa, atau tidak mahu ambil berat bahawa ALlah Maha melihat perbuatan mereka dan Maha Memberi balasan di akhirat kelak. Lain pula ceritanya dengan pasangan ang tidak segan silu lagi melakukan maksiat di khalayak ramai.. Masya-ALlah..

Moga ALlah akan beri hidayah untuk mereka itu bertaubat sebelum tibanya saat yang paling digeruni..saat nyawa berpisah dari badan...saat intu taubat sudah tertutup..

ALlahummahdina sirotol mustaqiim...(Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..)

Sunday, August 9, 2009

SYUKUR


ALHAMDULILLAH..Demikian ucapan yang biasa terpacul dari mulut seorang muslim apabila sendawa. Bila kenyang, dan biasanya juga-apabila terbersin. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah alhamdulillah tersebut?

Mengikut terjemahannya, alhamdulillah bermaksud: segala puji bagi Allah. Bermaksud, seseorang yang mengucapkan kalimah tersebut sedang menyatakan kesyukurannya. Secara zahirnya, manusia akan menyatakan kesyukuran apabila telah makan, telah mengecapi nikmat rezeki. Begitu juga, dikatakan penyakit selsema keluar dari badan apabila seseorang terbersin.

Demikianlah, sudah sepatutnya seseorang mengucapkan 'terima kasih' atas pemberian yang diterimanya. Namun, persoalannya, sedalam manakah 'terima kasih' yang kita ucapkan selama ini? Atau sejauh manakah syukur kita kepada Allah?

Firman Allah ada menyebut: "Jika engkau mengira nikmat Allah, nescaya engaku tidak akan menghitungnya" Benar, kita tidak akan dapat mengira nikmat Allah yang telah kita kecapi selama ini.

Sejak lahir, Allah mempertnggungjawabkan ibubapa kita untuk memberi makan, pakai, dan melindungi kita dari sebarang bahaya. Apabila kita memasuki alam persekolahan, Allah memperanggungjawabkan ibubapa kita lagi agar memastikan kita mendapat ilmu dan pendidikan yang secukupnya, sehingga kita memperolehi kehidupan yang baik dengan dapat memiliki pekerjaan, kereta dan rumah yang selesa. Memang menyenangkan.. Hidup ini tidak akan sempurna tanpa nikmat kurniaan dari-Nya.

Kerana itu, manusia disaran menunjukkan rasa syukur mereka dalam kehidupan. Sedangkan Nabi Muhammad, hamba Allah yang maksum menunjukkan kesyukuran baginda dengan mendirikan solat malam sehingga bengkak kakinya, apatah lagi kita, manusia biasa yang sering melakukan dosa. Bukan sahaja jarang mengucapkan syukur, tidak berhenti-henti pula berbuat dosa.


Ayuhlah, saudara-saudara sekalian! Marilah kita menzahirkan kesyukuran kita atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ucapkan 'alhamdulillah', istiqamahlah melakukan kebaikan, tetapkan dan peliharalah amalan fardu.


"Jika kamu menghitung nikmat Allah itu, nescaya kamu tidak akan dapat melakukannya (kerana terlalu banyaknya nikmat yang telah dikurniakan)"





Friday, May 22, 2009

Bangkitlah

Remaja. Zaman peralihan dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Satu alam yang penuh dengan berbagai dugaan. Untuk mendidik diri sebelum tiba alam kerjaya dan rumahtangga sendiri.. Namun, ada yang berpendapat zaman remaja adalah masa untuk enjoy..untuk cuba itu dan ini. Untuk buat itu dan ini..

Ya, hidup ini tiada yang boleh memaksa. Sedangkan ibu bapa-tidak mampu berbuat apa-apa jika si anak itu sendiri. Si guru-di sekolah-boleh mewujudkan peraturan itu dan ini. tapi kalau pelajar itu sendiri yang tidak mahu-tiada siapa lagi yang boleh menentukan arah hidupnya..

Jadi, macam mana nak terbentuk remaja cemerlang pembina bangsa? Remaja yang mampu mentadbir-yang akan memimpin satu hari nanti?

Nah! Semuanya kembali kepada sang remaja itu sendiri. Dia sahaj mampu menentukan arah hidupnya. Kakinya lah yang melangkah, tangannyalah yang bertindak. Justeru, apa yang dia mahukan kelak-mestilah dimulakan dengan dirinya kini.

Kalau kau mahu berjaya-peniaga yang berjaya satu hari nanti, seorang yang bahagia dengan keluarga yang harmoni, dengan keperluan yang cukup; remaja perlu lah persiapkan dirinya ke arah itu bermula hari ini.

Nak ke tak nak? Fikirlah sendiri...

Sunday, January 11, 2009

Hidup Sementara Menuju Hidup Abadi

Firman ALlah dalam al-Quran: "..Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku". Ayat ini menunjukkan bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada ALlah. Ini harus difahami dan dihayati oleh setiap manusia. Saya menggunakan terma 'manusia' dan bukan hanya 'muslimin' kerana umat bukan Islam juga perlu memikirkan perkara ini agar mereka kembali kepada Islam.

Ibadah dari segi falsafahnya bermaksud menghambakan diri kepada ALlah. Tumpuan seseorang akan diberikan kepada perhambaannya. Dalam hal ini, seseorang perlu mengakui, sebanyak mana pun perhatiannya kepada kesibukan hidup-bekerja, berkeluarga, mengecap nikmat dunia-tumpuannya kepada perhambaan diri kepada ALlah. Betapa pun sibuknya seorang ibu menguruskan keluarga, ingatannya kepada menjaga solat-menunaikan solat pada waktunya dan menjaga kebajikan suaminya tetap dituntut. Bagaimanapun sibuknya seorang lelaki menguruskan perniagaannya, ingatannya bahawa dirinya adalah hamba kepada ALlah dan tertakluk dengan perintah beribadat dan mengasihi keluarganya.

Demikianlah hidup yang perlu dihayati-hidup bahagia dan bebas di dunia tanpa melupakan perintah wajib dan larangan yang ditetapkan.