Sunday, August 9, 2009

SYUKUR


ALHAMDULILLAH..Demikian ucapan yang biasa terpacul dari mulut seorang muslim apabila sendawa. Bila kenyang, dan biasanya juga-apabila terbersin. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah alhamdulillah tersebut?

Mengikut terjemahannya, alhamdulillah bermaksud: segala puji bagi Allah. Bermaksud, seseorang yang mengucapkan kalimah tersebut sedang menyatakan kesyukurannya. Secara zahirnya, manusia akan menyatakan kesyukuran apabila telah makan, telah mengecapi nikmat rezeki. Begitu juga, dikatakan penyakit selsema keluar dari badan apabila seseorang terbersin.

Demikianlah, sudah sepatutnya seseorang mengucapkan 'terima kasih' atas pemberian yang diterimanya. Namun, persoalannya, sedalam manakah 'terima kasih' yang kita ucapkan selama ini? Atau sejauh manakah syukur kita kepada Allah?

Firman Allah ada menyebut: "Jika engkau mengira nikmat Allah, nescaya engaku tidak akan menghitungnya" Benar, kita tidak akan dapat mengira nikmat Allah yang telah kita kecapi selama ini.

Sejak lahir, Allah mempertnggungjawabkan ibubapa kita untuk memberi makan, pakai, dan melindungi kita dari sebarang bahaya. Apabila kita memasuki alam persekolahan, Allah memperanggungjawabkan ibubapa kita lagi agar memastikan kita mendapat ilmu dan pendidikan yang secukupnya, sehingga kita memperolehi kehidupan yang baik dengan dapat memiliki pekerjaan, kereta dan rumah yang selesa. Memang menyenangkan.. Hidup ini tidak akan sempurna tanpa nikmat kurniaan dari-Nya.

Kerana itu, manusia disaran menunjukkan rasa syukur mereka dalam kehidupan. Sedangkan Nabi Muhammad, hamba Allah yang maksum menunjukkan kesyukuran baginda dengan mendirikan solat malam sehingga bengkak kakinya, apatah lagi kita, manusia biasa yang sering melakukan dosa. Bukan sahaja jarang mengucapkan syukur, tidak berhenti-henti pula berbuat dosa.


Ayuhlah, saudara-saudara sekalian! Marilah kita menzahirkan kesyukuran kita atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ucapkan 'alhamdulillah', istiqamahlah melakukan kebaikan, tetapkan dan peliharalah amalan fardu.


"Jika kamu menghitung nikmat Allah itu, nescaya kamu tidak akan dapat melakukannya (kerana terlalu banyaknya nikmat yang telah dikurniakan)"





Friday, May 22, 2009

Bangkitlah

Remaja. Zaman peralihan dari alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Satu alam yang penuh dengan berbagai dugaan. Untuk mendidik diri sebelum tiba alam kerjaya dan rumahtangga sendiri.. Namun, ada yang berpendapat zaman remaja adalah masa untuk enjoy..untuk cuba itu dan ini. Untuk buat itu dan ini..

Ya, hidup ini tiada yang boleh memaksa. Sedangkan ibu bapa-tidak mampu berbuat apa-apa jika si anak itu sendiri. Si guru-di sekolah-boleh mewujudkan peraturan itu dan ini. tapi kalau pelajar itu sendiri yang tidak mahu-tiada siapa lagi yang boleh menentukan arah hidupnya..

Jadi, macam mana nak terbentuk remaja cemerlang pembina bangsa? Remaja yang mampu mentadbir-yang akan memimpin satu hari nanti?

Nah! Semuanya kembali kepada sang remaja itu sendiri. Dia sahaj mampu menentukan arah hidupnya. Kakinya lah yang melangkah, tangannyalah yang bertindak. Justeru, apa yang dia mahukan kelak-mestilah dimulakan dengan dirinya kini.

Kalau kau mahu berjaya-peniaga yang berjaya satu hari nanti, seorang yang bahagia dengan keluarga yang harmoni, dengan keperluan yang cukup; remaja perlu lah persiapkan dirinya ke arah itu bermula hari ini.

Nak ke tak nak? Fikirlah sendiri...

Sunday, January 11, 2009

Hidup Sementara Menuju Hidup Abadi

Firman ALlah dalam al-Quran: "..Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku". Ayat ini menunjukkan bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada ALlah. Ini harus difahami dan dihayati oleh setiap manusia. Saya menggunakan terma 'manusia' dan bukan hanya 'muslimin' kerana umat bukan Islam juga perlu memikirkan perkara ini agar mereka kembali kepada Islam.

Ibadah dari segi falsafahnya bermaksud menghambakan diri kepada ALlah. Tumpuan seseorang akan diberikan kepada perhambaannya. Dalam hal ini, seseorang perlu mengakui, sebanyak mana pun perhatiannya kepada kesibukan hidup-bekerja, berkeluarga, mengecap nikmat dunia-tumpuannya kepada perhambaan diri kepada ALlah. Betapa pun sibuknya seorang ibu menguruskan keluarga, ingatannya kepada menjaga solat-menunaikan solat pada waktunya dan menjaga kebajikan suaminya tetap dituntut. Bagaimanapun sibuknya seorang lelaki menguruskan perniagaannya, ingatannya bahawa dirinya adalah hamba kepada ALlah dan tertakluk dengan perintah beribadat dan mengasihi keluarganya.

Demikianlah hidup yang perlu dihayati-hidup bahagia dan bebas di dunia tanpa melupakan perintah wajib dan larangan yang ditetapkan.