Thursday, January 21, 2010

Siapa ALLAH?

Saat ini, banyak yang memperkatakan tentang kelayakan agama selain Islam menggunakan kalimah Allah. Tidak menjadi kehairanan jika umat Islam marah apabila Allah yang selayaknya difahami dikaitkan dengan kepercayaan lain yang bertentang dengan Islam. namun, apa yang lebih menghairankan ialah ramai yang bertindak seolah-olah tidak mengenal siapa Allah itu sebenarnya.

Antara perkara yang wajib diyakini tentang ALlah itu:
setiap muslim wajib mengesakan Dia, tanpa menyekutukan ALlah dengan apa-apa pun. Ini yang dipanggil TAUHID. Muslim juga wajib mengesakan ALlah pada tiga perkara, iaitu:

1-Allah Maha Esa bahawa Dialah kuasa yang menciptakan alam ini, dan berkuasa di alam ini. Ini dipanggil TAUHID RUBUBIYYAH
2-TAUHID ULUHIYYAH-iaitu mengesakan ALlah bahawa hanya pada-Nya kita menyembah. Tiada yang lain yang layak disembah dan ditakuti selain Dia.
3-TAUHID ASMA' WAS SIFAT-iaitu Allah Maha Esa bahawa Dia mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang indah yang tidak sama sekali akan menyamai makhluk

Itulah ALlah yang sepatutnya difahami oleh sekalian umat Islam. Namun, apa yang berlaku kini, manusia tidak segan silu melakukan apa saja tanpa mengingati ALlah Maha Melihat (Basir) apa yang dilakukan. Ada yang kononnya 'malu' berkhalwat depan orang ramai, maka pergilah berkhalwat di hotel-hotel atau rimba belukar yang 'mungkin tak ada orang nak nampak'. Namun, mereka lupa, atau tidak mahu ambil berat bahawa ALlah Maha melihat perbuatan mereka dan Maha Memberi balasan di akhirat kelak. Lain pula ceritanya dengan pasangan ang tidak segan silu lagi melakukan maksiat di khalayak ramai.. Masya-ALlah..

Moga ALlah akan beri hidayah untuk mereka itu bertaubat sebelum tibanya saat yang paling digeruni..saat nyawa berpisah dari badan...saat intu taubat sudah tertutup..

ALlahummahdina sirotol mustaqiim...(Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..)